Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan
stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi
saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis
yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya
awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin
dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat
istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang
hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak”
kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga
Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai
bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak
terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak
reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di
tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat
terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru
kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar
masak.”
“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.”
Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk
dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu
Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?”
“belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah
senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan
isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan
ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..”
komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak
rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.”
“okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman
langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?
Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah !
“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib
itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata.
Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.”
Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus
keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman
menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.”
Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.
“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun
senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam
Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga
kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara.
Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil
dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.
“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan
Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar
agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak
mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil.
Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang
suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi
tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..”
lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak
celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah,
rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah.
“apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus.
“gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas
beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah,
nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu.
Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang
pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan
rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?”
Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah
sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu
tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang
jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu
abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?”
tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa
dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir.
Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan.
“awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya
faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam.
“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik
sayang.” Terdiam Syahirah.