Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali,
bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2)
Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3
tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3)
Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3
tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2)
Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3
tanda-tandanya:
1)
Mengawasi dirinya.
2)
Menghisab dirinya.
3)
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..”
Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum.
“baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari
tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk
dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak
ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet
sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil
itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap
terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya,
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai
buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah,
Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari
dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada
wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan
syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil
syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah
tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman
membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to
voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms).
Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas
beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.