Sunday, 19 April 2009

Sem 1 Exam !



Assalamualaikum semua, apa khabar sihat? Haha., moga-moga semua dekat sini sihat lah.
Bulan 5 ni, buat pertama kalinya, saya  ambil peperiksaan semester 1 dekat MRSM GMC ni. Haha., ramai senior kata, “Exam semester 1 la korang kena perform habis-habis” . Reaksi saya
 Huh? *muka blur”.

Haha., untuk pengetahuan semua, saya tiada perasaan hendak ambil exam. Muahaha.


Golongan 1: “Korang tak cuak ke nak exam ni?”

Golongan 2 :“Arghh, What the F cell ni!!”

Golongan 3 : “Hoho, lepak sudah bro, exam je pun”


Saya ni boleh digolongkan dalam golongan yang nombor 3, tapi saya prepare la juga. Pada hari ini, setiap orang pasti akan menilai kejayaan itu setaraf dengan usaha. Contoh yang memang terpampang depan kita :


“Fuiyoo! Dapat 4 mendatar, hebatnya , ni mesti study tahap dewa kan.”
“Hmm, Cuba korang tengok budak tu, pointer dia paling rendah kot dalam batch kita, aku rasakan, mesti dia study sikit.


Hahax99., sekarang korang boleh gelak tahap gaban, b’coz pointer aku untuk semester  1 ni 3.28, sejujurnya, seikhlas ,semurni dari hati, saya katakana saya tidak study untuk exam itu. Maklumlah, lalai dengan benda sekeliling kita. 

USAHA ITU LAIN DAN KEJAYAAN ITU LAIN

Rakan-rakan yang saya sayangi, pada sewaktu zaman nabi Nuh dahulu, berapa lamakah dia berdakwah? Dan berapa ramai pula orang yang mengikuti nabi Nuh waktu itu?
Tak ramai, jumlah pengikut nabi Nuh, tidak mencecah pun bilangan ratusan. Jumlahnya hanyalah 80 lebih. Dan tempoh waktu, Nabi Nuh berdakwah pula hamper 900 tahun. Masya-Allah. Lihatlah, tidak semestinya usaha yang hebat itu akan mendapat kejayaan yang hebat.

“Habis tu tak payah usaha la ni?”

Atuk hang. Usaha tu kenalah. Cuma saya hendak kata ialah Allahlah yang menentukan kejayaan kita. Lihatlah para nabi dan anbiya’, mereka sesekali tidak pernah berputus asa, contohnya , Nabi Muhammad, dia tidak pernah berhenti  berdakwah walaupun pernah diancam oleh kaum musyrikin. Mereka tahu tugas mereka hanyalah untuk mentarbiyah, mendidik manusia dan Allah s.w.t yang akan memberikan hidayah. Huish.., bapak best la kalau tugas nabi beri hidayah. Semua masuk Islam la kalau macam tu. Haha, nampak tak?

Ini juga satu ujian



Bila Allah SWT menunjukkan keputusan-Nya pada kita atas sesuatu perkara, kita perlu ingat, bahawa bagaimana pun keputusan itu, semuanya adalah untuk menguji kita.
Cemerlang atau gagal, berjaya atau tewas, menang atau kalah, kedua-dua sisi keputusan itu mempunyai ujiannya yang tersendiri.

Cemerlang diuji hebat dengan ujub, riya’, takabbur, dan lupa diri.
Gagal diuji hebat dengan putus asa, kecewa, sangka dan buruk pada Allah SWT.
Maka, hakikatnya, kita perlu berhati-hati dengan keadaan ini. Baik kita cemerlang, mahupun kita di posisi gagal. Baik kita dikurniakan kejayaan, mahupun kita di posisi ditimpa musibah.
Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya:


“Apakah manusia itu mengira, mereka akan ditingalkan dengan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji(keimanan mereka itu)?” Surah Al-Ankabut ayat 2.


Ok lah. Gua nak cau dulu. Wasalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. J

Saturday, 11 April 2009

Intro : Super 1 & Super 2



Jiwa ini sungguh unik sifatnya. Ada saatnya kita rasa sangat bertenaga, bersemangat dan tabah. Tetapi, di celah-celah perjalanan kehidupan – pasti ada titik-titik down kita. Apa perasaan ketika itu? Kita lemah, hilang segala semangat yang pernah membara dan jiwa terasa amat-amat kosong.

Normal kita jika berlaku sedemikian? Saudara-saudaraku, jika hal ini berlaku kepada kita ketahuilah ia adalah perkara yang biasa dan usahlah gusar serta terlalu tertekan dengannya.


“ Iman itu bertambah, dan berkurang.”
“ Jiwa itu ada saat segarnya, dan ada masa lemahnya.”


Persoalan di sini, bagaimanakah kita hendak menghadapinya?

Nah! Amik, In Shaa Allah, saya akan sediakan 10 amalan super untuk kita amalkan bersama.

Pertama :
Berusahalah untuk bertahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis :


“ Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.”
( Riwayat At-Tirmidzi)
"Tengok Quran pun ada cakap"



Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci!

Kedua :
Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari kerana ia merupakan sumber ketenangan seorang mukmin muslim.
Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Anda percaya?Ya. Ia merupakan pengerak dan dinamo utama kepada energi kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud :


“ Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
(Al-Isra 17 : 82)
"Zikrullah :)"



Dan satu ungkapan yang menarik yang diucapkan oleh Saidina Uthman Bi Affan RA : “ Sekiranya hatimu itu suci, nescaya tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabbmu ( Al-Quran).”

Nanti sambung. Saya dah mengantuk tahap gaban. Kalau tak tidur besok kena marah dengan mak pulak. Wasalamualaikum. J