Jiwa ini sungguh unik sifatnya. Ada saatnya kita rasa sangat
bertenaga, bersemangat dan tabah. Tetapi, di celah-celah perjalanan kehidupan –
pasti ada titik-titik down kita. Apa perasaan ketika itu? Kita lemah, hilang
segala semangat yang pernah membara dan jiwa terasa amat-amat kosong.
Normal kita jika berlaku sedemikian? Saudara-saudaraku, jika
hal ini berlaku kepada kita ketahuilah ia adalah perkara yang biasa dan usahlah
gusar serta terlalu tertekan dengannya.
“ Iman itu bertambah, dan berkurang.”“ Jiwa itu ada saat segarnya, dan ada masa lemahnya.”
Persoalan di sini, bagaimanakah kita hendak menghadapinya?
Nah! Amik, In Shaa Allah, saya akan sediakan 10 amalan super
untuk kita amalkan bersama.
Pertama :
Berusahalah untuk bertahajjud, kerana kemuliaan seorang
mukmin terletak pada tahajjudnya.
Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah
Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah
SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis :
“ Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.”( Riwayat At-Tirmidzi)
![]() |
| "Tengok Quran pun ada cakap" |
Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia
lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada
riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih
dan suci!
Kedua :
Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum
terbit matahari kerana ia merupakan sumber ketenangan seorang mukmin muslim.
Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Anda
percaya?Ya. Ia merupakan pengerak dan dinamo utama kepada energi kekuatan
seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah
kemungkaran.
Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud :
“ Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”(Al-Isra 17 : 82)
![]() |
| "Zikrullah :)" |
Dan satu ungkapan yang menarik yang diucapkan oleh Saidina
Uthman Bi Affan RA : “ Sekiranya hatimu itu suci, nescaya tidak akan
kenyang (puas) dari firman Rabbmu ( Al-Quran).”
Nanti sambung. Saya dah mengantuk tahap gaban. Kalau
tak tidur besok kena marah dengan mak pulak. Wasalamualaikum. J


No comments:
Post a Comment